20.2.09

..bukakanlah matanya..

..orangnya manis bertudung..pndi pula menjaga auratnya..semayangnya lengkap.sekali pandang memenuhi kriteria wanita islam. sayang sekali, hatinya tidak selembut suaranya. dari luaran, dia seperti mengetahui asas-asas seorang Islam dengan dalam. namun di mana dia letakkan ajaran- ajaran Islamnya ketika dia sibuk mengaibkan dan memfitnah orang lain?tidakkah dia mengetahui bahawa ia adalah dosa yang teramat besar dan lebih teruk dosanya daripada membunuh?

ya..aku mengaku aku tidaklah sebaiknya.rambut dipertontonkan..senang sekali mendedahkan sebahagian auratku..ajaran Islam ku pula tidak boleh menandinginya..namun, tidak pernah terlintas di fikiranku untuk membuka cerita dan memfitnah orang lain apatah lagi insan itu adalah rakanku sendiri..aku memang banyak berdosa dengan tuhan..tetapi, itu antara aku dan tuhan. aku tidak tegar mencari dosa dengan manusia kerana aku harus meminta maaf darinya untuk menebus dosaku itu. tetapi perempuan seperti kamu sanggup ya menfitnah kawan sendiri?

kepada perempuan itu,
aku memang tidak sebaik kamu dari luaran. tetapi siapa kamu untuk mengadili aku?itu adalah kerja tuhan.mengucaplah kawan banyak-banyak. kamu sudah banyak mengaibkan aku, mencorak kisah yang palsu semata-mata. rambutku yang perang, penampilanku yang membuka aurat sudah keluargaku tahu dari dahulu lagi. tetapi, kamu mencanai cerita yang aku ini berlainan sekali di rumah?kamu bukanlah tinggal di kawasan rumahku, malahan di negeri lain. bagaimana kamu boleh bercerita tentang itu kepada orang lain? bagaimana mungkin aku ingin menyorok rambut perangku ini di rumah jika ibubapaku tidak mengetahui perihal keadaanku yang sebenar-benarnya?oleh kerana ibubapamu tidak suka penampilan sepertiku, tidak bermakna ibubapku demikian juga..pandai-pandai pula kamu mereka cerita..

aku mengaku di sekolah dahulu, aku menutup aurat,memakai tudung ke sekolah. tetapi bukankah itu adalah peraturan??aku pergi ke surau, mengaji quran beramai- ramai, mendengar ceramah agama ketika di sekolah dahulu..tetapi bukankah kamu tidak tahu itu adalah kewajipan untuk pelajar asrama? kamu dengan lantang bercerita kepada orang lain bahawa aku sekarang sudah banyak berubah..jauh sekali dibandingkan ketika di asrama dahulu..hey perempuan, kamu juga tidak ke surau dan jauh sekali mendengar ceramah agama kan sekarang? tidak bererti kamu tidak semayang atau tidak mengalunkan ayat- ayat quran lagi..begitu juga aku..tidak bermakna aku sudah lupa pada rukunku..kamu bukanlah teman sebilikku..bagaimana mungkin kamu bercerita sedemikian kepada orang??

sedarlah perempuan.

1 perkara yang aku bangga dengan diriku. hatiku tidak sehitam hatimu.mulutku tidak sebusuk mulutmu yang mengaibkan dan mencanang cerita yang tidak pasti tentang orang lain.

aku ini kawanmu.kita bukanlah teman sehati.tetapi aku sudah menjadi kawan yang baik untukmu.tidak pernah aku sanggup membuka rahsia tentang dirimu kawan apatah lagi memfitnah kamu.

kamu juga bukanlah sebaik malaikat.selalu juga membuat dosa.
tidak perlu mendabik dada hanya kerana kamu bertudung dan menutup aurat kawan.
tudung dan aurat itu bukanlah segala-galanya.
penampilan sopanmu itu bukanlah tiket utama untuk ke syurga.
jika tidak pandai menjaga hubungan dengan manusia lain, bagaimana kamu yakin kamu sudah menjaga hubunganmu dengan Allah?
cermin- cerminkanlah diri.

No comments: